Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah, Tuhan
seluruh alam. Yang Maha Baik, masih memberi kita semua nikmat hidup. Dan yang
paling besar adalah nikmat iman dan islam. Walaupun kelalaian dan kelekaan kita
terhadap Dia teramat lah banyak sekali, tapi Dia tak pernah sekali pun lupa kat
kita. Percaya tak? Yelah, hari-hari Dia bagi kita izin tumpang duduk kat bumi
Dia. Dia bagi izin kat kita makan makanan Dia punya. Dia bagi izin kat kita
guna kelebihan dan keistimewaan yang ada untuk kesenangan diri kita. Dan yang
paaaaaling best.. dia bagi izin kat kita semua memohon keampunan dan taubat kat
Dia. Haaaa! Baik kan Dia. Tak pernah lupa kita. Subhanallah!
“Wahai
manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang
perempuan. Kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar
kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang
paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti.”
Ada kawan? Ada sahabat? Ada buddyz? Mesti ada kannn.
Orang yang paling kita sayang lepas ibu ayah dan keluarga. Um. Apa khabar
sahabat/kawan/buddyz uolls tu? J
dan, apa khabar ‘ukhuwah’ uolls dengan mereka? Adakah baik? Kalau baik,
Alhamdulillah. Ukhuwah tu apa? Um. Ukhuwah tu, satu ikatan atas dasar aqidah.
Ada yang kata, “alaa, takpayah nak ukhuwah ukhuwah sangatt. Kita ni memang
buddyz takkan terpisah. Takpayah lah nak alim sangatt guna ayat ‘ukhuwah’.” Eh.
Lain eh ukhuwah dengan buddyz takkan terpisah? Rasanya macam sama je. Yeke?
Okay takpe. Tak kisah la apa istilah yang uolls guna,
Cuma kat sini nak tekankan pasal ukhuwah. Ukhuwah kita dengan sahabat. Selalu
kita cakap, ‘kita ukhuwah fillah. Ana uhibbuki fillah.’ Betul ke ukhuwah kerana
Allah? Bukti!? Kalau sahabat kita buat salah, adakah kita tegur? Atau.. kita
hanya memandang begitu sahaja. Sahabat kita berdating dating kat taman belakang
rumah cik senah, kita tegur dia tak? Kita cakap tak kat dia, jangan dating.
Maksiat. Sahabat kita main main masa belajar, kita marah dia tak? Ke kita biar
je? Lantak engko lah nak belajor ke tak, asalkan aku dekan. Camtu ke? Bila
sahabat kita jatuh, lemah, ada masalah, kita ada tak untuk dia? bantu
selesaikan masalah, bantu dia untuk terus bangun bersemangat meneruskan hidup?
Ke kita buat taktahu je? Ke kita cakap, “hm.
Masalah kau kenn, pandai pandai lah kau fikir cano nak selesaikan. Aku busy.
Kau ni, asyik nangis je pahal nyee pun? Weh, macam budak tadika lah nangis
nangis cenggini. Malu lah orang nengoknyaa.”
Macam tu ke ukhuwah kita? Kalau lah macam tu ukhuwah
kita…. Tu bukan ukhuwah. Tu kuah! Ukhuwah
plastik!
Ukhuwah ni ada rukun rukun dia. Macam korang solat. Ada
rukun-rukun kan. Ha! Apa rukun ukhuwah?
Salamatus sadri.
-Adakah kita sentiasa
berlapang dada dengan sahabat? Atau.. kita sering skit hati dengan dia. Dendam
dengan dia?
Musawwah.
-Persamaan kita dengan dia. Alaa.
Korang mesti ada suka benda yang sama kan. Contoh, yang ni suka makan cheese.
Kau pun suka makan cheese yang sungguh sedap apabila dia cair di mulut. Nyam
nyam!
Ithar.
Ithar.
-Melebihkan sahabat. Ha! Ada buat tak?
Ke kita yang selfish. Apa apa hal, make sure kita dulu. Sahabat kita, kita biar
je. Contoh kata kasarnya, ‘lantaq mampuih biaq pi kt hang.’ (ok jangan guna
ayat camni. Sungguh menusuk kalbu)
Selalu tak kita ada masalah dengan sahabat? Kalau
selalu tu. Marilah kita semua bermuhasabah kembali. Jangan terlalu menyalahkan
orang lain. Check dulu diri kita ni. Baik sangat ke? Hebat sangat ke?
Kadang-kadang kita sendiri yang mempunyai masalah hati.
Bukan masalah hati yang duk cintan-cintun sayang-sayang tu je. Tapi masalah
hati kita dengan ketetapan hati. Kita selalu berbolak-balik hati. Dan yang
paling besar adalah kita selalu buruk sangka dengan orang. Su’udzon. Betul tak?
Contoh, kita Nampak orang tu moody harini, kita selisih/lalu sebelah dia. Dia
pun buat muka angkuh lagi sombong. Kita pun mesti macam.. dalam hati tu. “ishh, mintak kaki betul lah dia nih. Nak
buat muka angkuh lagi sombong tu pahal? Tak puas hati ke? Nak cakap aku ada
buat salah letteww. Nak cakap aku macam tu macam ni letteww.”
Ha! Nampak tak nampak tak? Kt situ je kita dah su’udzon
dengan orang. Kenapa camtu? Sebab masalah hati kita. Terlalu negative sangat,
sampai semua benda kita jadi syak wasangka. Su’udzon lah kan. Makin lama, makin
hati kita jadi hitam. Lama-lama jadi keras. Pastu lagi lah teruk. Semua benda
kita akan jadi negative negative. Kita tengok orang semua kita rasa salah,
semua yang orang buat tak betul. Kita Nampak kita je yang betul, yang bagus.
Takmo takmo. Takmau camtu ya. Iyee betul, hati kita ni
memang memerlukan penjagaan rapi. Macam korang la kan menjaga penampilan diri.
Bila nak keluar rumah, kompem pakai yang cantik-cantik yang comel-comel yang
hensem-hensem yang smart bergaya kan. Kalau pilih tudung tu make sure kena
dengan baju. Kena dengan style sekarang. ‘style saaangat.’ Suka mak jemah
uolls. Opss! Gediks disitu. Ok stop.
Sedar atau tak, sebenarnya hati kita ni suka main
lari-lari. Ha! Mungkin sukaaa kot join lumba lari macam kt sekolah. Kenapa suka
main lari-lari? Ye, hati kita ni selalu bolak-balik. Kejap ke sana, kejap ke
sini. Main lari-lari lah tu. Um… teringat kata- kata seorang naqib ni bagi
tahu. Hati kita ni macam kipas. Kipas? Tahu kenn? Ke taktahu dah? Yelahh uolls
kan kt rumah guna penghawa dingin atau dalam bahasa rusia dipanggil ‘air-cond’.
Hehe. Okay sorry. Gurau senda. Okay sambung. Hati kita macam kipas. Kipas kan
suka bergerak sana sini, nak bagi semua orang rasa angin kipas tu kan. Eh. Ni
kipas yg ada kaki tu tau, takpun kipas dinding. Jangan uolls bayangkan kipas
syiling tu. Memang takde lah kan bergerak sana sini. Hm. Nak bagi kipas tu tak
gerak sana sini, nak bagi dia sehala je duk diam kat situ kita mesti lah kena
tarik picu kipas yg kt atas tu kan. Haaa! Camtu lah dengan hati kita. Nak bagi
dia tak bergerak sana sini, nak bagi dia tak bolak-balik, nak tarik hati
manusia ni, kita kena tarik dan ikat dengan zikrullah.
Uolls, iolss nak bagitahu ni. Makanan ikhlas, adalah
zikir kepada Allah. Ha! Keikhlasan kita tu dah bagi makan ke belum? Kalau
belum, pi bagi makan sekarang J
Hm. Tu pasal rukun ukhuwah. Tak cerita lagi bab lain. Rasa
macam….. okay kita sambung next time lah ya Huhu.
Mohon.
Mohon doakan aku kat sini. Banyak cabaran dan dugaan.
Mehnah dan tribulasi.
Dah semester 4 ni ha. Sem depan dah start thesis. Ni midterm
bersusun-susun. Jadual final dah keluar dah. Rasa macam nak tersungkur tengah
jalan. Rasa macam… baru je lagi masuk semester baru. Rasa macam.. ishhh! Macam-macam
lah rasa. Tak faham kenapa.
Ishh. nak jadi kaunselor tak boleh macam-macam. semangat semangat :D
No comments:
Post a Comment