Tuesday 3 June 2014

Contengan kot.

Assalamualaikum wbt.

Ha. kali ni nak buat contengan jalanan sikit :")




Semenjak dua tiga menjak ni, musim2 cuti sekolah, ramai mak bapak yang buat walimatul urus untuk anak-anak beliau.

Tak ketinggalan jugak untuk kakak-kakak senior seperjuangan kolej aku. Ada lah dalam satu dua orang yang duk busy nak buat majlis. Alhamdulillah. Dah sampai masanya untuk mereka.
Maka, kad undangan, invite kat fb semua dah dilakukan. Dan aku.. haruslah pergi. Sebab kakak-kakak seperjuangan ni. Mano boleh tak datang walimah mereka.

Maka, hari yang dinantikan pun tiba.

Mula2 pergi gerik. Kakak seperjuangan yang bernama Puteri Masyitah. Beliau dah lama dah bernikah. Cuma majlisnya belum dibuat lagi.
Haaa, ni nak buat la kan. Buat sekali dengan majlis abangnya. Abangnya yang tak lain tak bukan, adalah.. jeng jeng jeng.

Imam Muda Megat!

Haaaa. Kenai kennn? Kak puteri ni adik imam muda megat. Maka, majlis mereka buat sekali lah. Bagus jugak ken. Kira jimat la juga. Takyah nak buat majlis dua tiga kali.
Bila tengok kak puteri, subhanallah! Cantik!
Yang paling menarik adalah, kak puteri ni berpoligami. Yee, aku faham. Mungkin ada sesetengah yang macam allergic bila sebut pasal ‘poligami’. Nak katanya kt sini, ya Allah. Betapa baiknya madu dia. Isteri number 1 suami dia. Bagi aku, akak tu sangat hebat. Dia izinkan suami dia nikah lagi satu. Kalau hang, hang bagi? Mampuihh la tidak bagi kenn! Hihi :P
 Ada juga orang cakap,

‘alaaa, depan je Nampak baik. Dalam, siapa tahu.’

‘mungkin dia belakon je kot. Dalam hati, ughh bengkak membisa.’

Bagi aku. Yang melihat dengan mata kepala aku sendri, aku rasa itu bukan lakonan. Itu adalah satu keikhlasan.
Boleh Nampak dan terpacar kat wajah akak tu. (maaf, itu tafsiran aku sendiri. Aku bukan tukang tilik.) hebat ah akak tu! Aku tabik springgg kot kat dia.
Moga. Mereka semua hidup bahagia dihiasi dengan keikhlasan dan keredhaan. Ameen.




Sorang lagi kakak seperjuangan.
Yang ni pun hebat. Bukan calang-calang orang.
Maka, aku bersama sahabat and the gang pergi ipoh untuk walimah akak ni. Kak nafisah.

Datang-datang je, memang time tu pengantin tengah berarak. Err, camtu la kot.
Maka, kitorang pun pakat pi redah buat muka selamber badak masuk rumah dia. Nak tengok punya pasal lah kan. Acah-acah dan konon-konon ah yang macam kitorang ni wakil dari rombongan pengantin lelaki. (sebab kat dalam rumah, semuanya rombongan pengantin lelaki.) masuk je. Allah. Subhanallah! Cantiknya kak nafisah. Nampak lah seri dia tu :D

Kami pun duk tunggu lah orang ramai nak bergambor dengan pengantin. Bila macam dah lengang sikit, maka kitorang terus serbu kak nafisah.

‘akak, selamat pengantin baru. Tahniah.’

Dan bermacam-macam lagi kata-kata, ucapan dari adik adik (ha, kitorang la tu)

Lepas dah habis salampelukcium tu, maka kami pun keluar rumah nak pi khemah pula.
Sambil berjalan tu, otak aku mula bermain2 dengan kata-kata.
Tetiba sahaja kata-kata yang hanya bermain di minda dan hati, terpacul keluar dari mulut.
Aku pandang sahabat sebelah.

“Teah, kita bila lagi?” (buat muka sedih)
“Diannnnn… (buat muka sedih sebab nampak calon depan mata, tapi tak mampu nak buat apa. berserah pada DIA je yang mampu) hmm, taktahu la bila” :’(


Maka. Masing-masing terus melayan perasaan.
Beginilah kami. Bila datang walimah sahabat, nanti bila tengah sibuk makan kat meja tu, mesti akan ada salah seorang yang bertanya..

‘Next… siapa?’

‘kakak-kakak ramai yang dah, kita adik-adik ni bila lagi?’

Dan mula lah meja riuh dengan kata-kata,

‘ha. Kau dulu.’
‘eh, pahal pulak aku? Kau lah!’
‘tapi. Kau dah ada calon.’

Dan masing-masing berkata dan menuding jari.. “kau dulu. Kau dulu.”
Nak katanya kat sini…


Sahabat. Allah itu sudah merancang yang terbaik untuk kita semua.
Mungkin belum masanya. Sebab perjuangan kita masih jauh!

-Kadang-kadang hal ukhuwah antara sesama kita pun kita tak settle lagi, bagaimana pula hal perjuangan kita?

-Bila kita sedang bertungkus lumus untuk menggerakkan kerja dakwah, maka ada yang tidak senang melihat, terus mereka ‘boom’ kita.. kita sendiri pun terus terkulai layu. Dimanakah semangat perjuangan? Takkan terus layu dan kering?

-Kadang. Sedang sibuk pong-pang berkata itu ini tentang ikhtilat, memberi pesanan dan nasihat, tanpa disedari ikhtilat kita sendiri pun tak terjaga. Bagaimana?

-Dok sibuk mengajak orang buat qiamulail, siap buat design cecantik untuk memberi tarikan pada orang ramai, tanpa disedari kita sendiri pun terbabas ‘syahid’ di tilam empuk. Terus menjadi, qiamulalai.

-Usrah pun kadang-kadang main celop-celop. Bagaimana? Sedangkan usrah itu nadi kekuatan!


-Akidah, ibadah, thaqafah, ukhuwah, ikhtilat.. benda ni pun kita tak settle, bagaimana untuk nak bersedih-sedih sebab tak kawin lagi?


Tepuk dada, tanya diri sambil potong bawang. Maka, mengalir lah air mata.



Aku bukan memerli, aku berkata yang reality. Bukan aku memerli dan mengata kau dia dan mereka. Tetapi. Aku juga sedang berkata untuk diri aku sendiri.
Maka. Marilah, bersama-sama aku kau dia dan mereka, muhasabah diri dan istiqamah dalam perjuangan. Settle kan dan utamakan perkara yang perlu diutamakan dahulu. Baru lah kita semua “berBaitul Haraki.” Yeayyy! (opss, terlebih sudaah) Moga Allah permudahkan. Ameen.