Friday, 31 January 2014

Um? banyak sangat cerita. taktahu nak buat tajuk apakah Hihi -_-

Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Baik, masih memberi kita semua nikmat hidup. Dan yang paling besar adalah nikmat iman dan islam. Walaupun kelalaian dan kelekaan kita terhadap Dia teramat lah banyak sekali, tapi Dia tak pernah sekali pun lupa kat kita. Percaya tak? Yelah, hari-hari Dia bagi kita izin tumpang duduk kat bumi Dia. Dia bagi izin kat kita makan makanan Dia punya. Dia bagi izin kat kita guna kelebihan dan keistimewaan yang ada untuk kesenangan diri kita. Dan yang paaaaaling best.. dia bagi izin kat kita semua memohon keampunan dan taubat kat Dia. Haaaa! Baik kan Dia. Tak pernah lupa kita. Subhanallah!


“Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan. Kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti.”


Ada kawan? Ada sahabat? Ada buddyz? Mesti ada kannn. Orang yang paling kita sayang lepas ibu ayah dan keluarga. Um. Apa khabar sahabat/kawan/buddyz uolls tu? J dan, apa khabar ‘ukhuwah’ uolls dengan mereka? Adakah baik? Kalau baik, Alhamdulillah. Ukhuwah tu apa? Um. Ukhuwah tu, satu ikatan atas dasar aqidah. Ada yang kata, “alaa, takpayah nak ukhuwah ukhuwah sangatt. Kita ni memang buddyz takkan terpisah. Takpayah lah nak alim sangatt guna ayat ‘ukhuwah’.” Eh. Lain eh ukhuwah dengan buddyz takkan terpisah? Rasanya macam sama je. Yeke?
Okay takpe. Tak kisah la apa istilah yang uolls guna, Cuma kat sini nak tekankan pasal ukhuwah. Ukhuwah kita dengan sahabat. Selalu kita cakap, ‘kita ukhuwah fillah. Ana uhibbuki fillah.’ Betul ke ukhuwah kerana Allah? Bukti!? Kalau sahabat kita buat salah, adakah kita tegur? Atau.. kita hanya memandang begitu sahaja. Sahabat kita berdating dating kat taman belakang rumah cik senah, kita tegur dia tak? Kita cakap tak kat dia, jangan dating. Maksiat. Sahabat kita main main masa belajar, kita marah dia tak? Ke kita biar je? Lantak engko lah nak belajor ke tak, asalkan aku dekan. Camtu ke? Bila sahabat kita jatuh, lemah, ada masalah, kita ada tak untuk dia? bantu selesaikan masalah, bantu dia untuk terus bangun bersemangat meneruskan hidup? Ke kita buat taktahu je? Ke kita cakap, “hm. Masalah kau kenn, pandai pandai lah kau fikir cano nak selesaikan. Aku busy. Kau ni, asyik nangis je pahal nyee pun? Weh, macam budak tadika lah nangis nangis cenggini. Malu lah orang nengoknyaa.”
Macam tu ke ukhuwah kita? Kalau lah macam tu ukhuwah kita…. Tu bukan ukhuwah. Tu kuah! Ukhuwah plastik!

Ukhuwah ni ada rukun rukun dia. Macam korang solat. Ada rukun-rukun kan. Ha! Apa rukun ukhuwah?

       Salamatus sadri.
         -Adakah kita sentiasa berlapang dada dengan sahabat? Atau.. kita sering skit hati dengan dia.       Dendam dengan dia?

         Musawwah.
     -Persamaan kita dengan dia. Alaa. Korang mesti ada suka benda yang sama kan. Contoh,             yang ni suka makan cheese. Kau pun suka makan cheese yang sungguh sedap apabila dia           cair di mulut. Nyam nyam!

   Ithar.
   -Melebihkan sahabat. Ha! Ada buat tak? Ke kita yang selfish. Apa apa hal, make sure kita dulu.     Sahabat kita, kita biar je. Contoh kata kasarnya, ‘lantaq mampuih biaq pi kt hang.’ (ok jangan       guna ayat camni. Sungguh menusuk kalbu)

Selalu tak kita ada masalah dengan sahabat? Kalau selalu tu. Marilah kita semua bermuhasabah kembali. Jangan terlalu menyalahkan orang lain. Check dulu diri kita ni. Baik sangat ke? Hebat sangat ke?

Kadang-kadang kita sendiri yang mempunyai masalah hati. Bukan masalah hati yang duk cintan-cintun sayang-sayang tu je. Tapi masalah hati kita dengan ketetapan hati. Kita selalu berbolak-balik hati. Dan yang paling besar adalah kita selalu buruk sangka dengan orang. Su’udzon. Betul tak? Contoh, kita Nampak orang tu moody harini, kita selisih/lalu sebelah dia. Dia pun buat muka angkuh lagi sombong. Kita pun mesti macam.. dalam hati tu. “ishh, mintak kaki betul lah dia nih. Nak buat muka angkuh lagi sombong tu pahal? Tak puas hati ke? Nak cakap aku ada buat salah letteww. Nak cakap aku macam tu macam ni letteww.”

Ha! Nampak tak nampak tak? Kt situ je kita dah su’udzon dengan orang. Kenapa camtu? Sebab masalah hati kita. Terlalu negative sangat, sampai semua benda kita jadi syak wasangka. Su’udzon lah kan. Makin lama, makin hati kita jadi hitam. Lama-lama jadi keras. Pastu lagi lah teruk. Semua benda kita akan jadi negative negative. Kita tengok orang semua kita rasa salah, semua yang orang buat tak betul. Kita Nampak kita je yang betul, yang bagus.
Takmo takmo. Takmau camtu ya. Iyee betul, hati kita ni memang memerlukan penjagaan rapi. Macam korang la kan menjaga penampilan diri. Bila nak keluar rumah, kompem pakai yang cantik-cantik yang comel-comel yang hensem-hensem yang smart bergaya kan. Kalau pilih tudung tu make sure kena dengan baju. Kena dengan style sekarang. ‘style saaangat.’ Suka mak jemah uolls. Opss! Gediks disitu. Ok stop.


Sedar atau tak, sebenarnya hati kita ni suka main lari-lari. Ha! Mungkin sukaaa kot join lumba lari macam kt sekolah. Kenapa suka main lari-lari? Ye, hati kita ni selalu bolak-balik. Kejap ke sana, kejap ke sini. Main lari-lari lah tu. Um… teringat kata- kata seorang naqib ni bagi tahu. Hati kita ni macam kipas. Kipas? Tahu kenn? Ke taktahu dah? Yelahh uolls kan kt rumah guna penghawa dingin atau dalam bahasa rusia dipanggil ‘air-cond’. Hehe. Okay sorry. Gurau senda. Okay sambung. Hati kita macam kipas. Kipas kan suka bergerak sana sini, nak bagi semua orang rasa angin kipas tu kan. Eh. Ni kipas yg ada kaki tu tau, takpun kipas dinding. Jangan uolls bayangkan kipas syiling tu. Memang takde lah kan bergerak sana sini. Hm. Nak bagi kipas tu tak gerak sana sini, nak bagi dia sehala je duk diam kat situ kita mesti lah kena tarik picu kipas yg kt atas tu kan. Haaa! Camtu lah dengan hati kita. Nak bagi dia tak bergerak sana sini, nak bagi dia tak bolak-balik, nak tarik hati manusia ni, kita kena tarik dan ikat dengan zikrullah.
Uolls, iolss nak bagitahu ni. Makanan ikhlas, adalah zikir kepada Allah. Ha! Keikhlasan kita tu dah bagi makan ke belum? Kalau belum, pi bagi makan sekarang J

Hm. Tu pasal rukun ukhuwah. Tak cerita lagi bab lain. Rasa macam….. okay kita sambung next time lah ya Huhu.










Mohon.
Mohon doakan aku kat sini. Banyak cabaran dan dugaan.
Mehnah dan tribulasi.

Dah semester 4 ni ha. Sem depan dah start thesis. Ni midterm bersusun-susun. Jadual final dah keluar dah. Rasa macam nak tersungkur tengah jalan. Rasa macam… baru je lagi masuk semester baru. Rasa macam.. ishhh! Macam-macam lah rasa. Tak faham kenapa.
Ishh. nak jadi kaunselor tak boleh macam-macam. semangat semangat :D